Total Pageviews

Free advertising Sebarang salinan resepi disini adalah dibenarkan,dan saya memohon sumbangan anda untuk promosikan blog ini itu sahaja.Sila Follow Blog ini untuk mendapatkan resepi-resepi menarik.Terima Kasih
Resepi Terus Ke Emel.Isi Emel Dibawah
Atau Kesini.Masuk


Followers

RuangIklan

Meriahkan Ramadhan&Raya 2012 dengan Coklat
Tutorial Blogspot
Kongsikan ye,satu klik je
Share

Ikut Facebook

RESEPI AKAN DIHANTAR TERUS KE FACEBOOK
ANDA

Aneka Kuih&PencuciMulut

Manisnya Madu Angsa



Maaf Tiada Gambar




Bahan-bahan
1.8 kg gram pulut hitam
1/8 daripada sebuku ragi basah
2kg gula pasir
5cawan air

Cara menyediakan:
  • Gelekkan sedikit pulut hitam untuk membuang selaput hitamnya.
  • Rendam pulut hitam selama tiga jam.
  • Kukus pulut sehingga masak,Sejukkan.
  • Campurkan dan ramas 1/8 ragi dengan segenggam gula pasir.(Ambil segenggam gula ini daripada 2kg gula pasir tadi)Taburkan pada pulut hitam.Gaul hingga sebati.
  • Masukkan pulut hitam ke dalam pasu dan tutup mulut pasu dengan kain maslin.
  • Perap pulut hitam selama tiga hari.
  • Campurkan gula pasir selebihnya dengan 5cawan air.Jerangkan diatas api seperti memasak air gula.Kacau sehingga benar-benar likat.
  • Setelah likat tuangkan ke dalam pulut hitam.Masak di atas api yang perlahan,kacau seperti mengacau wajik.Kelikatannya mengikut kesukaan anda.
  • Angkat dan ia boleh dihidangkan ketika panas.Bagaimanapun,ramai yang suka madu angsa yang telah disejukkan terlebih dahulu.




Tangsi Pisang





Bahan-bahannya:
8 biji pisang berangan 
11/4 cawan gula
200 ml air
1biji telur
1helai daun pandan
2kuntum bunga cengkih
Sedikit minyak untuk menggoreng
1/2 cm kulit kayu manis(jika mahu)
Sedikit perwarna kuning(Jika ingin lebih menarik)

  • Panaskan minyak dan gorengkan pisang hingga kekuningan.
  • Masak air dengan gula,daun panda,bunga cengkih,perwarna kuning dan kulit kayu manis(jika sukakan baunya)hingga larut dan likat sedikit.
  • Uraikan telur yang dikacau sebentar kemudian angkat.
  • Boleh dihidangkan sejuk atau panas sebagai manisan pencuci mulut.






Tembikai Susu Lemak Manis

Bahan-bahannya
250 gm tembikai susu }dipotong dadu
30 gm suun }gunting dan rebus hingga kembang
300 ml santan sederhana pekat
5 sudu besar gula atau mengikut manis
Sedikit garam
1sudu besar sagu biji}basuh,warnakan dan rebus

Cara Menyediakan:
  • Didihkan santan dengan gula dan garam tetapi jangan sampai pecah minyak.
  • Apabila hendak dihidangkan masukkan tembikai susu,suun dan sagu sejukkan dengan ketul ais.








Manisan Tepung Gunting
1/2 cawan tepung 
Sedikit air 
Sedikit garam
11/2 cawan sirap gula melaka
1helai daun pandan
1cm halia
2jenis perwarna(Jika mahu)

Langkah Penyediaan:
  1. Uli tepung dengan sedikit air hingga menjadi doh lembut dan lincin serta boleh dicanai
  2. Bahagikan dua dan campurkan berlainan warna jika suka diwarnakan atau biarkan sahaja dalam warna asal.
  3. Tabutkan tepung di atas pencanai,canai doh dan potong panjang selebar 1cm.
  4. Didihkan sirap masukkan daun pandan serta halia.Potong doh bentuk segi tiga kecil-kecil ke dalam air gula sekali-sekala kacau air gula agar tidak melekat dan biarkan hingga timbul menandakan tepung telah masak.
  5. Hidangkan panas atau sejuk.




















Resepi Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Raya 2013 Tak Meriah Tanpa Coklat!!KLIKK SEKARANG