Total Pageviews

Free advertising Sebarang salinan resepi disini adalah dibenarkan,dan saya memohon sumbangan anda untuk promosikan blog ini itu sahaja.Sila Follow Blog ini untuk mendapatkan resepi-resepi menarik.Terima Kasih
Resepi Terus Ke Emel.Isi Emel Dibawah
Atau Kesini.Masuk


Followers

RuangIklan

Meriahkan Ramadhan&Raya 2012 dengan Coklat
Tutorial Blogspot
Kongsikan ye,satu klik je
Share

Ikut Facebook

RESEPI AKAN DIHANTAR TERUS KE FACEBOOK
ANDA

Wednesday, November 16, 2011

Daging Masak Kicap




Bahan-bahan:

1 kg daging
2 labu bawang besar }dihiris bulat
4 ulas bawang putih ]dicincang
2 cm besar rempah kari
5 sudu besar kicap
3 tangkai cili merah
Sedikit garam dan minyak


Cara Penyediaan:
  1. Daging direbus hingga empuk,kemudian dihiris nipis,Jika suka boleh digoreng sebelum dicampur dengan bahan yang telah ditumis.
  2. Tumis bawang putih,halia,hingga wangi baunya.Kemudian masukkan rempah kari dan bawang besar.Biarkan hingga bawang layu.Tambahkan kicap,cili merah dan garam sebagai perasa.

Tuesday, November 15, 2011

Ayam Masak Cuka

Bahan-bahan

1 ekor ayam
4 cm halia
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili padi
3 sudu besar minyak (untuk menumis)
4 cawan minyak masak (untuk menggoreng ayam)
4 sudu kecil cuka
2 sudu kecil gula
1/4 cawan kicap cair
1 tin nanas kiub
1 tin candawan butang }dibelah dua
Garam secukupnya

Cara penyediaan:
  • Potong,bersih dan gaulkan ayam dengan garam kunyit.Goreng hingga garing atau empuk.Ketepikan
  • Bawang besar,putih dan halia hiris halus.Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris hingga naik baunya.Kemudian masukkan cuka,cili padi,gula dan kicap cair.Biarkan hingga mendidih.Masukkan ayam dan nanas serta cendawan butang.
  • Kacau agar semua bahan sama rata dan biarkan ayam agar sebati rasa.padam api dan sedia untuk dihidang.

Sunday, November 13, 2011

Nasi Bukhari


Bahan-bahannya:

400 gm beras basmati }dibasuh bersih
400 ml air
2 tin susu cair
150 ml sup tomato Kimball
2.3kg ayam }dipotong lapan
6 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar rempah kari
90 gm badam }ditumbuk halus
2 biji tomato }dibelah enam
100 gm bawang besar }belah 6
5 gm daun pudina
5 gm daun pandan
Garam dan gula secukup rasa



Bahan-bahan ditumbuk halus:
40 gm bawang merah
10gm halia
3 gm jintan manis
3 gm jintan putih
2 gm buah pelaga
2 gm bunga cengkih

Langkah Penyediaan:
  • Panaskan minyak sapi,tumis bahan tumbuk sehingga naik baunya.
  • Masukkan tomato,bawang besar,air,susu cair dan beras,rempah kari,kas-kas ayam,puri tomato,serbuk badam serta gajus,biarkan mendidih.
  • Masukkan daun pudina,masak seperti nasi biasa dan taburkan bawang goreng.
Sangat sesuai dimakan Bersama Dalca Tulang

    DALCA TULANG KARI MELETOP!!!




    Tiada Gambar



    Bahan-bahannya:

    600 gm daging bertulang untuk kari (lebih enak jika daging tulang daging)
    300 gm kacang dal  }direbus empuk
    1 cawan santan
    1/2 cawan minyak masak dicampur dengan 5 sudu besar minyak sapi
    300 gm ubi kentang      ] dibelah dua
    2 biji terung bulat putih ]dibelah dua
    3 tangkai cili hijau         ]dibelah dua
    2 tangkai cili merah       ]dibelah dua
    2 biji tomato                 ]dibelah dua
    1 tangkai daun pudina
    2 cawan air
    Garam dan serbuk perasa secukup rasa

    Bahan tumis:

    5 ulas bawang merah }ditumbuk
    2 ulas bawang putih   }ditumbuk
    3 cm halia                  }ditumbuk
    Setangkai daun kari
    3 kuntum bunga cengkih
    3 kuntum bunga lawang
    3 biji buah pelaga
    1 cm kulit kayu manis

    Bancuh yang dibancuh:

    5 sudu besar serbuk rempah kari daging
    2 sudu besar serbuk kunyit
    5 sudu besar sup tomato Kimball
    1/2 cawan air asam jawa

    Penyediaan:

    • Panaskan minyak,masukkan bahan tumis,kacau sehingga garing.
    • Masukkan bahan bancuh dan kacau sehingga pecah minyak.
    • Masukkan daging bertulang untuk kari diikuti secawan air.Kacau pelahan-pelahan hingga rata dan tutup periuk,biarkan mendidih sehingga daging tiga suku masak.
    • Kecilkan api,tuangkan santah masukkan terung dan ketang biarkan empuk.
    • Masukkan separuh bahagian kacang dal(separuh lagi dikisar halus)diikuti cili merah,cili hijau,tomato dan daun pudina.
    • Apabila mendidih masukkan kacang dal yang dikisar dan perisakan dengan garam serta serbuk perasa.
    Enak dimakan bersama Nasi Bukhari

      Thursday, November 10, 2011

      Kari kepala ikan merah



      Bahan-bahanya:

      1 Kepala ikan merah
      1 sudu cili garing
      1 sudu besar rempah kari basah
      5 sudu besar serbuk rempah kari ikan
      1 batang serai
      5 ulas bawang merah }ditumbuk
      2 ulas bawang putih   }ditumbuk
      1 cm halia                 }ditumbuk
      1/2 sudu besar halba
      1 mangkuk besar santan
      2 sudu besar kerisik
      1 batang terung,bendi dan sebiji tomato
      Sedikit asam jawa
      Minyak masak untuk menumis
      Garam secukup rasa
      2-3 pelepah daun kari

      Penydiaan:

      • Panaskan minyak masak dan tumis serai.Setelah kekuningan,masukkan daun kari.
      • Masukkan bahan-bahan tumbuk seperti bawang merah,bawang putih,halia dan alba.(Biarkan hingga garing)
      • Masukkan cili giling,rempah kari basah,kerisik dan rempah kari ikan.
      • Biarkan sehingga naik minyak,kemudian tuangkan sedikit santan.
      • Masukkan kepala ikan,biarkan sehingga sebati sebelum dimasukkan santak.Tunggu hingga mendidih.
      • Campurkan air asam jawa,terung,tomato dan bendi.Masukkan garam dan biarkan hingga mendidih.
      • Siap untuk dihidangkan.

      Monday, November 7, 2011

      Udang Galah Besos TomYam

      Bahan-bahan

      1 kg udang galah
      1sudu kecil serbuk kunyit
      1 sudu kecil garam
      1 cawan sos tom yam
      4 sudu besar air limau
      10 ulas bawang merah
      5 ulas bawang putih
      1 biji timun
      1 batang lobak merah }dipotong kiub
      5 tangkai cili merah }dihiris halus
      5 tangkai cili hijau }dihiris halus
      5 helai daun limau purut
      3 batang serai }diketuk
      1 cawan minyak

      Cara Menyediakan:
      • Udang galah diperap bersama kunyit garam,kemudian digoreng.
      • Bawang merah dipotong empat,sementara bawang putih dipotong dua.
      • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah,bawang putih bersama serai sehingga wangi.
      • Kecilkan api dan masukkan air limau,gula dan garam.
      • Apabila cukup rasa,masukkan timun dan lobak merah.Taburkan hirisan cili hijau,cili merah dalam sos.
      • Aturkan udang di atas pinggan,curahkan sos di atasnya dan hiaskan mengikut citarasa.

      Saturday, November 5, 2011

      Ayam Masak Merah


      Bahan-bahan

      1 ekor ayam
      1 botol sos tomato
      1 cawan cili kisar
      1 cm halia }ditumbuk
      5 ulas bawang merah }ditumbuk
      3 ulas bawang putih }ditumbuk
      2 cawan air
      1 labu bawang besar }dihiris bulat
      Gula dan garam secukup rasa
      Minyak untuk menggoreng terendam dan menumis
      2 cm kulit kayu manis
      3 kuntum bunga cengkih
      3 kelopak bunga lawang


      Langkah Penyediaan:

      • Goreng ayam hingga masak.
      • Panaskan sedikit minyak,tumis bahan tumbuk hingga wangi masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih dan bunga lawang.
      • Apabila sudah beraroma,masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.Tuangkan sos tomato diikuti air,biarkan mendidih hingga pekat.
      • Perisakan dengan garam dan gula,masukkan ayam diikuti bawang hiris.Balik-balikkan agar kuah berpalut pada ayam.

      Friday, November 4, 2011

      Lontong

      Wahhh!!!Ini adalah makanan kegemaran saya,bila tiba Aidilfitri mak selalu buat ni,lebih enak jika dicampur dengan sambal ikan bilis.fuhhh!!!mantop



      Bahan-bahan diperlukan:

      Bahan A

      30 gm bawang putih }kisar
      150 gm bawang besar}kisar
      50 gm serai }kisar
      50 gm udang kering }kisar
      2 batang serai }titik
      1 sudu besar cili kisar
      1 sudu teh serbuk kunyit
      500 gm santan pekat
      250 ml air

      Bahan B

      10 tangkai kacang panjang  ]potong serong
      50 gm tauhu kering              ]rendam dan potong kecil
      100 gm sengkuanh              ]potong panjang
      100 gm lobak merah           ]potong panjang
      100 gm kubis bulat             ]potong memanjang
      2 keping tauhu                    ]goreng dan belah empat
      30 gm suun                        ]rendam

      Bahan C

      Nasi impit ]potong dadu
      Telur Rabus]belah dua (anda juga boleh menambah bahan lain seperti FishBall atau Fishcake di masak dahulu)
      Serunding kelapa(Jika mahu)
      Sambal tumis ikan bilis


      Cara Penyediaan:


      1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
      2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar,cili kisar,serai titik dan tumis sehingga garing.
      3. Masukkan santan pekat dan air.Masak di atas api yang sederhana.Kuah lontong hendaklah sentiasa dikacau.
      4. Masukkan garam,serbuk perasa serta serbuk kunyit.Setelah kuah mendidih,masukkan bahan B satu persatu didahului dengan lobak merah,kacang panjang,tauhu kering,sengkuang,dan kubis.
      5. Setelah sayur hampir masak,masukkan suun.Biarkan kuah lontong mendidih sebentar dan kemudian bolehlah dihidangkan bersama bahan C.

      Thursday, November 3, 2011

      2 Masakan ala Thai ringkas-mudah

      Telur Goreng Bersama sos asam jawa

      Bahan-bahan:
      10 biji telur rebus
      1/2 cawan daun ketumbar }hiris
      7 tangkai cili kering }digoreng
      3 sudu besar bawang goreng
      1/3 cawan gula merah
      1/2 cawan air asam jawa
      2 sudu besar sos ikan
      1 cawan minyak masak
      Cili,bawang goreng,dan daun ketumbar untuk hiasan

      Cara Penyediaan:
      1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.Setelah minyak panas,goreng telur rebus.
      2. Apabila telur tadi telah bertukar warna keemasan,angkat dan ketepikan.
      3. Tumis bawang merah,dan masukkan gula merah dan air asam jawa.Masak sehingga sos menjadi pekat.Adunan sepatutnya ada rasa masam,masin dan manis.
      4. Siram sos ke atas telur,dan taburkan bawang goreng,cili goreng dan daun ketumbar. 




      Sambal cicah ayam Thai

      Bahan-bahanya:

      300 gm cili kering
      200 gm bawang merah
      100 gm bawang putih
      500 gm daging ayam
      100 gm sos mangga
      300 gm tomato
      50   gm minyak masak
      30   gm sos ikan

      Penyediaan:

      • Panaskan minyak masak di dalam kuali.
      • Tumiskan cili kering,bawang merah,bawang putih,daging ayam dan tambahkan dengan sos mangga,sos ikan,dan tomato sebagai perasa.Masak sehingga ayam empuk.

      Sambal Cicah Udang Thai

      Bahan-bahanya:

      200 gm pes udang Thai
      100 gm bawang putih
      150 gm cili padi
      50   gm jus limau nipis
      100 gm gula kabung
      20   gm terung Thai }kecil


      Penyediaan:
      1. Kisarkan semua bahan-bahan diatas.Makan bersama ulam-ulaman.

      Resepi Menarik

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      Raya 2013 Tak Meriah Tanpa Coklat!!KLIKK SEKARANG