Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
30 gm bawang putih }kisar
150 gm bawang besar}kisar
50 gm serai }kisar
50 gm udang kering }kisar
2 batang serai }titik
1 sudu besar cili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
500 gm santan pekat
250 ml air
Bahan B
10 tangkai kacang panjang ]potong serong
50 gm tauhu kering ]rendam dan potong kecil
100 gm sengkuanh ]potong panjang
100 gm lobak merah ]potong panjang
100 gm kubis bulat ]potong memanjang
2 keping tauhu ]goreng dan belah empat
30 gm suun ]rendam
Bahan C
Nasi impit ]potong dadu
Telur Rabus]belah dua (anda juga boleh menambah bahan lain seperti FishBall atau Fishcake di masak dahulu)
Serunding kelapa(Jika mahu)
Sambal tumis ikan bilis
Cara Penyediaan:
- Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar,cili kisar,serai titik dan tumis sehingga garing.
- Masukkan santan pekat dan air.Masak di atas api yang sederhana.Kuah lontong hendaklah sentiasa dikacau.
- Masukkan garam,serbuk perasa serta serbuk kunyit.Setelah kuah mendidih,masukkan bahan B satu persatu didahului dengan lobak merah,kacang panjang,tauhu kering,sengkuang,dan kubis.
- Setelah sayur hampir masak,masukkan suun.Biarkan kuah lontong mendidih sebentar dan kemudian bolehlah dihidangkan bersama bahan C.
No comments:
Post a Comment
Comment&Lontar Pandangan Anda Semahu,Mahunya