Bahan-bahan
1 ekor ayam
1 botol sos tomato
1 cawan cili kisar
1 cm halia }ditumbuk
5 ulas bawang merah }ditumbuk
3 ulas bawang putih }ditumbuk
2 cawan air
1 labu bawang besar }dihiris bulat
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng terendam dan menumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
Langkah Penyediaan:
- Goreng ayam hingga masak.
- Panaskan sedikit minyak,tumis bahan tumbuk hingga wangi masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih dan bunga lawang.
- Apabila sudah beraroma,masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.Tuangkan sos tomato diikuti air,biarkan mendidih hingga pekat.
- Perisakan dengan garam dan gula,masukkan ayam diikuti bawang hiris.Balik-balikkan agar kuah berpalut pada ayam.
bez nyer kalu dpt buat sarapan pagi,..hahaha
ReplyDeletemmg best..ha3
ReplyDelete