Total Pageviews

Free advertising Sebarang salinan resepi disini adalah dibenarkan,dan saya memohon sumbangan anda untuk promosikan blog ini itu sahaja.Sila Follow Blog ini untuk mendapatkan resepi-resepi menarik.Terima Kasih
Resepi Terus Ke Emel.Isi Emel Dibawah
Atau Kesini.Masuk


Followers

RuangIklan

Meriahkan Ramadhan&Raya 2012 dengan Coklat
Tutorial Blogspot
Kongsikan ye,satu klik je
Share

Ikut Facebook

RESEPI AKAN DIHANTAR TERUS KE FACEBOOK
ANDA

Saturday, October 29, 2011

Ayam Golek Beriani


Bahan diperlukan:


1.6 kg ayam
2 sudu besar rempah beriani
1 labu bawang besar }dikisar halus
5 ulas bawang putih }juga dikisar halus
2 cm halia
1 pokok daun ketumbar
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa.


Penyediaan:

  • Bersihkan ayam dan jangan dipotong.Campurkan bahan-bahan yang sudah dikisar bersama rempah beriani,sos tomato,madu,garam dan minyak sapi.Perapkan ayam dengan campuran rempah tadi selama 2 jam.
  • Masukkan ayam bersama rempah perap dalam kaserol.Masak selama 10 minit(Suhu High),balikkan ayam supaya sekata dan masak lagi selama 15 minit (MEDIUAM HIGH).Apabila masak keluarkan dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar.
  • Enak dihidang bersama pulut kuning.
Pulut Kuning

2 cawan beras pulut }direndam 1 jam
2 cawan santan pekat
Sedikit garam,perwarna kuning atau serbuk kunyit


  • Masukkan beras pulut ke dalam kaserol,kemudian tambahkan santan,garam, dan perwarna kuning,kacau rata.Tutup kaserol.
  • Masak selama 10 minit tekan HIGH,keluarkan dan masak lagi selama 10 minit(MEDIUM HIGH) hingga masak.

Ayam Golek Impiana






Ayam Golek Impiana

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
500 gm kentang }dipotong dadu kecil
20 biji telur puyuh
1 biji kelapadiambil santanya
100 gm bawang kecil
20 gm halia
15 gm ketumbar
50 gm cili kering
20 gm cili kering
20 gm bawang putih                    semua bahan ini dikisar
10 gm jintan putih
1 gm lada hitam
1 gm kayu manis
1 gm cengkih
1 gm belacan
10 gm garam


Langkah Penyediaan:


  • Goreng rempah hingga wangi dan naik minyak.
  • Angkat rempah tadi bahagi kepada dua.Sebahagian rempah digaul dengan telur dan kentang lalu disumbat dalam perut ayam lalu goreng hingga kekuningan.Angkat dan biarkan sejuk.
  • Sebahagian lagi rempah,dimasukkan ke dalam periuk lalu dicampurkan dengan santan.dimasak dengan api yang kecil sehingga menjadi pekat.Angkat lalu curahkan atas ayam.
  • Enak dimakan dengan sos BlackPapper.

Wednesday, October 26, 2011

Rendang Ayam Ditabur Badam Enak




Bahan-bahannya:

500 gm udang saiz sederhana
1 cawan minyak
15 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
2 labu bawang besar
5 batang kacang panjang
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:

·         Udang dibuang ekor dan bahagian hujung kepalanya sebelum dibersihkan dan ditoskan airnya.
·         Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar.Biarkan hingga garing dan pecah minyak dan masukkan udang,asam keping ,garam  dan gula.
·         Biarkan hingga udang masak dan masukkan bawang besar dan kacang panjang yang dipotong anggaran 3 cm.Kacau hingga rata dan angkat.Enak dimakan bersama kuah lodeh.


Rendang Ayam Ditabur Badam Enak

Bahan-bahannya:

1 ekor  ayam
1 tin tomato puri
½ biji kelapa }diambil santannya
20 gm serbuk jintan putih
20 gm serbuk jintan manis
10 gm serbuk kaskas
½ tin susu cair
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
30 gm kerisik
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawing
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:

10 gm cili kering
10 gm cili padi
1 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
70 gm badam


Penyediaan:

·         Ayam dipotong empat.Goreng ayam separuh masak.Ketepikan.
·         Campurkan santan,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,serbuk kaskas,susu cair,kerisik dan pati tomato.Ketepikan.
·         Masukkan bahan kisar dan bahan-bahan bercampur santan sehingga pecah minyak.
·         Masukkan ayam.gula,dan garam secukup rasa.Setelah pekat,angkat dan hiaskan dengan kepingan badam.


Cara menyediakan sos asam ayam badam:

2 biji tomato
1 labu bawang besar
10 gm belacan
3 sudu besar pati tomato
¼ tin susu cair
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar sos cili
2 tangkai cili merah }dihiris

Cara menyediakannya:

·         Tomato dan bawang besar dimayang halus
·         Campurkan kesemua bahan di atas .Masukkan tomato dan bawang.Hidangkan bersama ayam badam.Siapppp selamat mencuba!!!!

Sambal udang kacang panjang.







Bahan-bahannya:

500 gm udang saiz sederhana
1 cawan minyak
15 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
2 labu bawang besar
5 batang kacang panjang
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:

·         Udang dibuang ekor dan bahagian hujung kepalanya sebelum dibersihkan dan ditoskan airnya.
·         Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar.Biarkan hingga garing dan pecah minyak dan masukkan udang,asam keping ,garam  dan gula.
·         Biarkan hingga udang masak dan masukkan bawang besar dan kacang panjang yang dipotong anggaran 3 cm.Kacau hingga rata dan angkat.Enak dimakan bersama kuah lodeh.

Sunday, October 23, 2011

Nasi Ayam Hainanese


Bahan-bahannya:




1 kekor ayam                                  
6 cawan air
30 gm halia                }dicincang
30 gm bawang putih  }dicincang
30 gm daun ketumbar
Secubit garam
100 gm tauhu      }dipotong dadu
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
Timun                                }dihiris nipis
Tomato                             }dihiris nipis
Salad

Nasi:

400 gm beras Thai Wangi }dicuci bersih &tos
30 gm bawang putih }
30 gm bawang besar }dicincang
30 gm halia              }
60 gm lemak ayam
1/2 liter stok ayam
secubit garam
2 helai daun pandan.

Cara menyediakanya:
  • Tumis bawang putih,halia dan bawang besar bersama lemak ayam.
  • Masukkan beras dan gaul sehingga mesra.
  • Masukkan stok ayam,daun pandan dan biarkan nasi benar-benar masak.
Cara menyediakan sup:
  • Didihkan air,masukkan halia,bawang putih,garam dan daun ketumbar untuk dijadikan sup.
  • Masukkan ayam kedalam sup,tutup dan biarkan hingga sup mendidih.
  • Keluarkan ayam,potong ayam kepada beberapa bahagian.Hidangkan bersama timun,tomato dan salad.
  • Kemudian masukkan tauhu ke dalam sup sebelum dihidangkan bersama ayam yang dipercik kicap cair dan minyak bijan.

Thursday, October 20, 2011

Daging Tumis


Bahan-bahannya:


1 kg daging }potong kecil dan rebus hingga empuk
1/2 kg bawang merah
10 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering
4 sudu besar kicap
3 keping asam gelugur

Cara penyediaan:
  • Cili dikisar halus
  • Bawang merah dihiris dan dibahagikan dua.
  • Tuangkan satu cawan minyak dan tumiskan bawang putih.Gorengkan sekejap dan kemudian masukkan sebahagian daripada bawang merah tadi.Goreng hingga agak kuning.
  • Bila bawang sudah kuning masukkan cili yang dimesin.Tumis hingga masak.Masukkan kicap,dua sudu besar gula,dan satu sudu besar gula ,dan satu sudu garam serta asam gelugur.Masukkan daging bersama lebihan air rebusan tadi.
  • Kacau hingga rata dan masukkan pula sebahagian daripada bawang yang dihiris tadi.Biarkan mendidih hingga kuah agak kering sedikit.

Lagi Kerabu Sotong Dan Mangga



Tiada Gambar


Bahan-Bahannya

2 biji mangga muda
200 gm sotong
1 biji limau nipis }diperah jusnya
1 labu bawang besar }dimayang
5 tangkai cili merah
1 tangkai daun ketumbar }dipotong kasar
100 gm tauge hijau
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa.

Penyerdiaan:
  1. Mangga dibuang kulit kemudian dicincang halus.
  2. Sotong dibersihkan sebelum dipotong dadu dan ditoskan kemudian dimasak dalam mangkuk dengan kuasa high selama empat minit.
  3. Akhir sekali gaulkan mangga,sotong dan kerabu siap untuk dihidangkan.


Kerabu Mangga Muda



Bahan-bahan:

6 tangkai cili padi }dihiris
1 labu bawang besar}hiris halus
2 biji mangga muda
50 gm ikan bilis }digoreng garing
3 sudu besar cuka


Cara menyediakannya:

Cili padi dan bawang besar dihiris halus.Mangga muda dibuang kulitnya dan dihiris memanjang.Campurkan cili padi,bawang besar,ikan bilis goreng dan mangga.Gaul rata,jika suka tambahkan sedikit garam.Kemudian tuangkan cuka,gaung sekali lagi hingga semuanya rata.

Kerabu Mangga Sotong




Bahan-bahannya;

3 camca besar sotong kering manis }Dikisar
1 biji mangga muda(jenis harum manis)
2 tangkai cili merah ]Jika suka pedas boleh tambah
3 tangkai cili ladi ]Jika suka pedas boleh tambah
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering
2 camca besar kacang tumbuk
1 biji limau nipis
1 camca kecil gula
sedikit garam

Cara penyediaan:

  • Hiris mangga halus memanjang
  • tumbuk cili merah,cili padi,bawang merah,bawang putih dan udang kering.Sangai kesemua bahan ini sebentar dan angkat.
  • Campurkan bahan tadi bersama mangga,sotong,kacang tumbuk,gula,limau dan garam.Kacau hingga sebati.
  • Hias dan hidangkan.Untuk lebih enak tambahkan sedikit otak udang.



    Tuesday, October 18, 2011

    Sambal Cumi Bumbu Bali

    Bahan-bahannya:
    500gm cumi(sotong)yang sedang saiznya
    1biji limau nipis }perah jusnya
    1batang serai}dititik
    2 helai daun limau purut
    Garam secukup rasa
    Minyak masak secukupnya
    4 tangkai cili merah
    6 ulas bawang merah}dihiris
    2 ulas bawang putih
    1 cm kunyit hidup
    1 cm lengkuas
    1/2 sudu kecil belacan
    1 biji tomato

    Cara penyediaan:
    • Gaul cumi dengan air limau nipis dan garam,perap selama 10minit bolehlah dicuci dan toskan.
    • Panaskan minyak,goreng cumi hingga masak angkat dan toskan minyaknya.
    • Panaskan tiga sudu minyak masak,tumiskan bahan kisar hingga wangi.Masukkan serai,daun limau purut dan sedikit air.
    • Bila mendidih masukkan cumi balik-balikkan biarkan hingga kuahnya pekat bolehlah diangkat.

    Monday, October 17, 2011

    Ayam Goreng Ditabur Kacang

    Bahan Diperlukan
    5 ketul ayam bahagian paha dan kepak
    1/2 sudu kecil garam
    1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
    50gm serbuk roti
    50gm kacang tanah }dikisar
    2 sudu kecil serbuk cili
    2 biji telur
    1 cawan minyak masak


    Penyediaan:
    1. Gaulkan ayam bersama garam dan lada sulah hingga sama rata.Perapkan ayam seketika.
    2. Campurkan serbuk roti,kacang tanah kisar dan serbuk cili,gaulkan hingga sebati.
    3. Kemudian celupkan ayam yang telah diperap ke dalam telur yang telah dipukul.
    4. Kemudian golekkan di atas campuran kacang tanah,serbuk roti dan serbuk cili.
    5. Pastikan ayam disalut betul-betul dengan campuran tersebut
    6. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
    7. Siap untuk dihidang,enak dimakan bersama sos.



      Gulai Nanas Ikan Masin




      Bahan-bahannya


      30 tangkai cili padi
      1 labu bawang besar
      20gm ikan bilis
      2sudu kecil serbuk kunyit
      1biji kelapa } asingkan santan pekat dan cair
      4 potong tulang ikan masin }ikan  kurau
      1/2 biji nanas


      Cara sediakan:
      1. Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama santan cair ke dalam periuk.
      2. Masak hingga mendidih,kemudian masukkan ikan masin yang telah direndam selama satu jam.Biarkan hingga mendidih,masukkan pula nanas yang telah dipotong separuh bulat.
      3. Masak nanas hingga empuk sedikit kemudian tambahkan santan pekat.Biarkan mendidih dan sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan.Tambahkan garam dan serbuk perasa,apabila mendidih bolehlah diangkat.


      Daging Opor Lada Hitam


      Bahan-Bahannya:

      500gm daging }dipotong lebar
      2 sudu besar cili kisar
      2 cawan santan pekat
      minyak untuk menumis
      garam dan gula secukup rasa
      • 4 sudu besar ketumbar biji      
      • 1 sudu besar jintan manis               
      • 1 sudu kecil jintan putih
      • 1sudu besar lada hitam
      • 2 batang serai                         Ditumbuk dahulu bahan-bahan ini
      • 1cm halia
      • 1/2 cawan kerisik
      • 5 ulas bawang merah
      • 2 ulas bawang putih
      • 2 sudu besar bawang goreng

      Cara Menyediakan:
      1. Rebus daging hingga empuk tetapi pastikan air rebusan tidak kering(tinggal sedikit)
      2. Panaskan minyak tumis bawang merah,bawang putih,halia,serai,cili kisar dan rempah tumbuk sampai naik minyak.
      3. Masukkan daging dan air rebusan.Biarkan hingga mendidih sebelum dimasukkan santan kelapa.Kacau hingga mesra.
      4. Biarkan sehingga mendidih kemudian masukkan pula kerisik.Kacau dan biarkan lagi hingga benar-benar kering.
      5. Setelah masak,tabutkan bawang goreng sebelum dihidangkan.
      Siap!!!!semoga masakan anda dapat memikat hati tersayang.

      Resepi Menarik

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      Raya 2013 Tak Meriah Tanpa Coklat!!KLIKK SEKARANG