Total Pageviews

Free advertising Sebarang salinan resepi disini adalah dibenarkan,dan saya memohon sumbangan anda untuk promosikan blog ini itu sahaja.Sila Follow Blog ini untuk mendapatkan resepi-resepi menarik.Terima Kasih
Resepi Terus Ke Emel.Isi Emel Dibawah
Atau Kesini.Masuk


Followers

RuangIklan

Meriahkan Ramadhan&Raya 2012 dengan Coklat
Tutorial Blogspot
Kongsikan ye,satu klik je
Share

Ikut Facebook

RESEPI AKAN DIHANTAR TERUS KE FACEBOOK
ANDA

Saturday, October 29, 2011

Ayam Golek Beriani


Bahan diperlukan:


1.6 kg ayam
2 sudu besar rempah beriani
1 labu bawang besar }dikisar halus
5 ulas bawang putih }juga dikisar halus
2 cm halia
1 pokok daun ketumbar
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa.


Penyediaan:

  • Bersihkan ayam dan jangan dipotong.Campurkan bahan-bahan yang sudah dikisar bersama rempah beriani,sos tomato,madu,garam dan minyak sapi.Perapkan ayam dengan campuran rempah tadi selama 2 jam.
  • Masukkan ayam bersama rempah perap dalam kaserol.Masak selama 10 minit(Suhu High),balikkan ayam supaya sekata dan masak lagi selama 15 minit (MEDIUAM HIGH).Apabila masak keluarkan dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar.
  • Enak dihidang bersama pulut kuning.
Pulut Kuning

2 cawan beras pulut }direndam 1 jam
2 cawan santan pekat
Sedikit garam,perwarna kuning atau serbuk kunyit


  • Masukkan beras pulut ke dalam kaserol,kemudian tambahkan santan,garam, dan perwarna kuning,kacau rata.Tutup kaserol.
  • Masak selama 10 minit tekan HIGH,keluarkan dan masak lagi selama 10 minit(MEDIUM HIGH) hingga masak.

No comments:

Post a Comment

Comment&Lontar Pandangan Anda Semahu,Mahunya

Resepi Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Raya 2013 Tak Meriah Tanpa Coklat!!KLIKK SEKARANG