Bahan-bahannya
30 tangkai cili padi
1 labu bawang besar
20gm ikan bilis
2sudu kecil serbuk kunyit
1biji kelapa } asingkan santan pekat dan cair
4 potong tulang ikan masin }ikan kurau
1/2 biji nanas
Cara sediakan:
- Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama santan cair ke dalam periuk.
- Masak hingga mendidih,kemudian masukkan ikan masin yang telah direndam selama satu jam.Biarkan hingga mendidih,masukkan pula nanas yang telah dipotong separuh bulat.
- Masak nanas hingga empuk sedikit kemudian tambahkan santan pekat.Biarkan mendidih dan sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan.Tambahkan garam dan serbuk perasa,apabila mendidih bolehlah diangkat.
No comments:
Post a Comment
Comment&Lontar Pandangan Anda Semahu,Mahunya